Read it.Feel it.Get on with it.

Tuesday, December 14, 2010

tudung.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alriggght hari itu saya telah menge-post entry mengenai ‘the best ever Friday sermon’ jadi hari ini saya ingin meneruskan lagiii entry saya yang lebih kurang dakwah jugak iaitu pemakaian tudung yang BETOL!

Baik, pertama sekali saya mintak maaaaf sangat-sangat kerana menyibokkkk nak post entry pasal tudung memandangkan saya ini lelaki, tetapi selepas saya lihat ramai wanita-wanita yang saya kasihi salah caranya pemakaian tudung yang betol jadi saya terpanggil untuk membetulkannya.

Biasalah, bukan semua manusia perfect bukan? Saya nak tegur depan-depan takot kena pelempang laju-laju jadi dari saya kena lempang laju-laju saya gunakan blog saya lah untuk memberitahu kesilapan itu.

Nampak sangat iman saya tidak kuat kan?! Haihhh. Tetapi tidak mengapa moga-moga anda mendapat manfaat dari blog saya ye.

Alright, saya lihat sekarang alhamdullilah dah ramai rakan-rakan saya yang dulu sekolah biasa (bukan sekolah agama) pooon dah mula pakai tudung.

Personally, saya rasa sangat bersyukur dalam hati tapi saya tidak beritahu merekalah dan saya tidak perlu menyebut nama mereka di sini tetapi ketahuilah, saya sentiasa berharap anda-anda yang telah mula memakai tudung itu mengekalkan imej anda yang lebih baik, sopan dan C A N T I K itu.=)

Okay! Perkara paling jelas dalam pemakaian tudung ini ialah anda yakni perempuan-perempuan, saya yakin tiada lelaki yang waras nak pakai tudung bukan?! (hahahaah.kecuali profile picture kawan saya Adam Merican).anda perlu menutup dada anda.maksudnya tudung itu perlulah panjangnya menutup sehingga ke dada.

Ya, jangan gusar, jangan risau.saya faham ramai nak ikot fesyen itu.fesyen ini.tetapi, wahai rakan-rakan sekalian sebaik-baiknya kita ikotlah pemakaian tudung seperti yang disyorkan dan diarahkan dalam Islam.

Mari kita hayati ayat Al-Quran ini ;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(An-Nur:31).

Saya rasa jelas lah kot penerangan dari ayat Al-Quran ini. Jadi, bagi mereka-mereka yang jelas mengenai perkara ini diharap tukarlah cara pemakaian tudung itu.boleh?! inshaAllah boleh.

Yang kedua, pemakaian tudung yang berbonggol-bonggol. Baik, saya rasa kurang lah ada yang pakai berbonggol-bonggol ini antara rakan-rakan saya.tetapi saya lihat ada di kalangan ISTERI-ISTERI PAK MENTERI MALAYSIA yang pakai macam nih. Baiklah, jika ada makcik-makcik anda yang memakai tudung begitu, nasihatkan mereka dengan menggunakan hadith ini ;

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad.

Saya kira hadith ini juga dah cukup untuk menerangkan mengenai larangan memakai tudung sedemikian. Dan nau’zubillah kalau ada mana-mana wanita yang saya cintai dan kasihi yang tergolong dalam golongan ini (terlaknat).fuuuh!

Hmmm.saya juga ingin berpesan, if anda dah molek-molek pakai tudung itu, janganlah pula memakai baju-baju yang ketat dan nipis dan ada juga trend sekarang yang pakai tudung tetapi pakai baju lengan pendek.

Haih. .saya sukar jugakkk nak cakap pasal memang ada kawan-kawan yang pakai macam ini. Cumanya, eloklah jika anda tukar stail itu kepada stail yang lebih elok yang menutup terus segala aurat.boleh?inshaAllah boleh.

Kiranya macam tak bestlah, atas dah tutup, bawah pulak tak tertutup.so, ini semua hanya reminder.hanya reminder buat semua wanita yang baca blog saya ini.

Saya faham anda kena tutup macam-macam kan?! Tapi ketahuilah wahai kawan-kawan wanita saya malah KAKAK-KAKAK saya yang baca blog saya ini, tak rugi if anda tutup aurat tuh, kulit tak gelap, maruah terjaga, lelaki-lelaki macam saya nak tengok pon tak mau.serius?! if tengok pon sejuk je mata memandanggggg.hihihihi.

Saya serba salah nak post pasal tudung ini kerana saya takott saya di chop buat bagus.sorry lah okay.saya ikhlas nak bagi info-info ini. Saya mengaku saya pon tak boleh harap jugak kadang-kadang, tetapi macam saya cakap, saya at least nak berdakwah ikot cara saya lah ye.boleh?! pasal saya lihat saya pon ada kakak-kakak serta adik-adik yang berada di bawah tanggungjawab saya.

Jadi setakat itu sahaja dulu yer. Moga-moga anda mendapat manfaat. Ingat, saya buat semua ini ikhlas dan saya harap tiada yang mencemuh saya di kemudian hari.

Wassalam.

Lots of love,

Your friend, Your ex-bf, Your brother, Your future husband.

Raqib Sofian. . .

Read it, Feel it, Get on with it.

5 comments:

PiNkLaDy said...

go raqib go! huhu.
akak pun payah nk tegur tentang benda nie. haish.. xtaulah nk kata apa.. hehe.. semoga post ini bermanfaat..

cik FS said...

sejuk hati baca post raqib ni.. huhu

RS said...

kak fairuz : inshaAllah.harap-harap begitulah ye.

FS : wahh nama nak dekat dengan RS..hihihi.thanx reading my blog.and thank you ye.singgah-singgah lagi.

fatien adibah said...

betol2.betol2 tuh.inshaAllah istiqamah amalan yang baik itu:).
p/s:comel gambar2 yg u letak nih,much better dari yg pantai tuh..hehe

RS said...

fatien : hihihi.takpelah tuan punya badan sudah tak kasi.saye bubuh lah yang kasi.hihihi.selamat beramal..